Mengajar kelas hujung @ kelas belakang @ "Kelas Istimewa" memang mencabar. Kadang-kadang rasa macam nak mintak ajar kelas depan. Tapi bila dah lama mengajar kelas hujung ni, rasa memang best. Result diorang memang tak best sangat dan selalu cikgu kena hentam dengan bos tiap kali post mortem. Tapi apa yang best mengajar kelas hujung ialah, kalau setiap kali kita mengajar, diorang boleh fokus tengok muka kita time kita mengajar dan bagi respon pada kita. Tak kisahlah jawapan yang diorang respon tu betul atau salah tapi kalau dah satu kelas boleh bagi respon, itu adalah penngalaman yang sangat best...tu tandanya diorang fokus dan dengar time kita mengajar.
Mengajar kelas hujung, cikgu memang kena rajin...rajin mencari teknik apa yang sesuai nak ajar murid...rajin tukar2 teknik mengajar untuk topik2 yang berbeza...rajin bagi banyak contoh semasa mengajar, supaya diorang lebih faham.....rajin bagi latihan yang sesuai dengan aras murid....rajin bimbing jawab soalan2 latihan tu.....rajin bagi ringkasan nota (jangan suruh murid buat nota sendiri, buang masa ja)......rajin semak latihan murid....rajin bagi motivasi kat murid......cikgu kena lebih rajin dari murid!!!!
Mengajar kelas hujung, banyak mengajar cikgu erti kesabaran, ketabahan dan kesungguhan.....banyak pahala cikgu dapat kalau berjaya menjadikan murid kelas hujung dari seorang murid yang lemah kepada seorang murid yang tahu @ faham sesuatu........jangan letakkan harapan terlalu tinggi.....sayangi mereka seperti anak2 kita sendiri.....murid akan hormat & ingat kita, in shaa Allah sepanjang hayat mereka. Moga anak2 murid kita berjaya dalam hidup.
Amin.......