Saturday, 5 September 2015

"Kelas Istimewa"

Cikgu kena rajin......

Mengajar kelas hujung @ kelas belakang @  "Kelas Istimewa" memang mencabar. Kadang-kadang rasa macam nak mintak ajar kelas depan. Tapi bila dah lama mengajar kelas hujung ni, rasa memang best. Result diorang memang tak best sangat dan selalu cikgu kena hentam dengan bos tiap kali post mortem. Tapi apa yang best mengajar kelas hujung ialah, kalau setiap kali kita mengajar, diorang boleh fokus tengok muka kita time kita mengajar dan bagi respon pada kita. Tak kisahlah jawapan yang diorang respon tu betul atau salah tapi kalau dah satu kelas boleh bagi respon, itu adalah penngalaman yang sangat best...tu tandanya diorang fokus dan dengar time kita mengajar.

Mengajar kelas hujung, cikgu memang kena rajin...rajin mencari teknik apa yang sesuai nak ajar murid...rajin tukar2 teknik mengajar untuk topik2 yang berbeza...rajin bagi banyak contoh semasa mengajar, supaya diorang lebih faham.....rajin bagi latihan yang sesuai dengan aras murid....rajin bimbing jawab soalan2 latihan tu.....rajin bagi ringkasan nota (jangan suruh murid buat nota sendiri, buang masa ja)......rajin semak latihan murid....rajin bagi motivasi kat murid......cikgu kena lebih rajin dari murid!!!!

Mengajar kelas hujung, banyak mengajar cikgu erti kesabaran, ketabahan dan kesungguhan.....banyak pahala cikgu dapat kalau berjaya menjadikan murid kelas hujung dari seorang murid yang lemah kepada seorang murid yang tahu @ faham sesuatu........jangan letakkan harapan terlalu tinggi.....sayangi mereka seperti anak2 kita sendiri.....murid akan hormat & ingat kita, in shaa Allah sepanjang hayat mereka. Moga anak2 murid kita berjaya dalam hidup.
Amin.......

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MATA PELAJARAN PERDAGANGAN SPM 2015 @ SMK SANDAKAN 2

Tarikh : 03 September 2015 (Khamis)
Masa : 8.00 - 11.00 pagi
Sasaran : Murid tingkatan 5
Tentatif : Motivasi, ceramah & bengkel menjawab soalan kertas 1 & 2 Perdagangan SPM

Good Luck!!!





PROGRAM MOTIVASI & BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN SPM 2015 @ SMK TINUSA SANDAKAN

Tarikh : 27 Ogos 2015 (Khamis)
Masa : 2.00 ptg - 4.30 ptg
Sasaran : Murid tingkatan 5 Perdagangan
Tentatif : Motivasi, ceramah & bengkel menjawab soalan kertas 1 dan 2

Good Luck!!!





BENGKEL MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN SPM 2015 @ SMJK TIONG HUA SANDAKAN

Tarikh : 27 Ogos 2015 (Khamis)
Masa : 10.00 pg -12.30 tgh
Sasaran : Murid Perdagangan Tingkatan 4 & 5

Tentatif : Motivasi, ceramah & bengkel teknik menjawab soalan kertas 1 dan 2 Perdagangan SPM

Good Luck!!!






Thursday, 20 August 2015

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS PERDAGANGAN SPM 2015 @ SMK KUNAK JAYA

Tarikh : 20 Ogos 2015 (Khamis)
Tempat : SMK Kunak Jaya, Sabah
Peserta : Murid Perdagangan Ting 5 SMK Kunak Jaya & SMK Kunak
Ceramah & Bengkel - 3 jam
Good Luck!!!





Sunday, 2 August 2015

PROGRAM SKOR A+ PERDAGANGAN SPM 2015 DAERAH SEMPORNA, SABAH

Tarikh : 01 Ogos 2015 (Sabtu)
Masa : 7.00 pg - 3.00 ptg
Tempat : SMK Kabongan II, Semporna
Sasaran : Murid tingkatan 5 (Perdagangan) Daerah Semporna

Program fokus kepada pendedahan teknik belajar & teknik menjawab mata pelajaran Perdagangan SPM. Bengkel menjawab soalan kertas 1 dan kertas 2. Bengkel ini menggunakan teknik Latih Tubi Berfokus SPM.

Diharap program ini dapat membantu murid belajar dengan lebih efisyen dan dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2015.

Good Luck!!!!

..









Monday, 27 July 2015

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN SPM 2015 @ SMK ELOPURA 2 SANDAKAN

Tarikh : 23 Julai 2015 (Khamis)
Masa : 9.30 pg - 1.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Elopura 2
Peserta : Murid tingkatan 4 & 5 - Perdagangan, SMK Elopura 2

Program fokus kepada perkongsian teknik menjawab soalan kertas 1 & 2 Perdagangan SPM. Bengkel menjawab soalan kertas 1, soalan kertas 2 Bahagian A dan kajian kes.
Mudah-mudahan program ini dapat membantu murid tingkatan 5 mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2015 nanti.
Good Luck!!!!